Propellerads

Hutang Kerajaan Persekutuan Berjumlah RM623.3 Bilion

Hutang Kerajaan Persekutuan Berjumlah RM623.3 Bilion


Berdasarkan kenyataan dari Timbalan Menteri Kewangan Datuk Johari Abdul Ghani, hutang Kerajaan Persekutuan setakat 30 September 2015, berjumlah RM623.3 bilion.

Beliau menjawab soalan daripada Datuk Wira Ahmad Hamzah (BN-Jasin) yang mahu penjelasan daripada Menteri Kewangan tentang jumlah hutang Kerajaan Persekutuan.

Ini komennya:

"Daripada jumlah berkenaan 96.4 peratus atau RM601.1 bilion adalah hutang domestik, sementara baki RM22.2 bilion atau 3.6 peratus adalah pinjaman luar pesisir dalam pelbagai denominasi mata wang.

"Kedudukan hutang kerajaan persekutuan ini kekal terurus dan dikategorikan sebagai negara keberhutangan sederhana," 

Johari berkata tahap ukuran hutang Kerajaan Persekutuan, setakat tempoh tersebut, dari segi peratusan kepada Keluaran Dalam Negeri Kasar (KDNK) adalah 53.7 peratus.

Berhubung hutang yang dijamin oleh kerajaan, beliau berkata hutang tersebut berjumlah RM175.8 bilion setakat Jun 2015, dan telah dikeluarkan kepada 27 institusi termasuk syarikat milik kerajaan.

Ini komennya lagi:

"Pemberian jaminan itu adalah bagi membolehkan institusi terbabit memperoleh kos pembiayaan yang lebih rendah bagi melaksanakan projek pembangunan strategik yang bersifat jangka panjang yang akan memanfaatkan rakyat secara keseluruhan."

Johari turut berkata Kerajaan Persekutuan menanggung hutang sebanyak RM30 bilion setakat Jun 2015 bagi melaksanakan program-program di bawah model Inisiatif Pembiayaan Swasta (PFI).

Menurutnya, komitmen hutang tersebut telah pun dimasukkan ke dalam peruntukan bajet tahunan bagi tujuan membiayai bayaran balik pinjaman.

"Komitmen (hutang PFI) juga telah diambil kira dalam pengiraan defisit fiskal dan kedudukan hutang Kerajaan Persekutuan, dan ini tidak akan meningkatkan sasaran defisit sedia ada," 

Sumber: BERNAMA
Share on Google Plus

About Unknown

Kami tulis dan sebarkan sepantas mungkin apa sahaja informasi terkini untuk anda.
    Blogger Comment
    Facebook Comment